SDAROnline
Sekolah Dato' Abdul Razak
SDAR at a glance

GOTONG ROYONG PERDANA SDAR

Pada 5 Januari yang lalu, semua pelajar termasuk guru-guru SDAR terlibat dalam gotong royong perdana yang dianjurkan oleh pihak pengurusan SDAR. Tujuan gotong royong ini diadakan untuk membersihkan kelas masing-masing yang lama ditinggalkan. Pada cuti sekolah yang lalu, pihak pengurusan telah menyediakan beberapa kemudahan dan peralatan seperti langsir baru berwarna biru, kelas yang dicat baru dan juga peralatan seperti penyapu dan pengaut sampah. Pada tahun ini juga, pihak pengurusan telah membuat sesuatu perubahan yang melibatkan loker kelas. Loker kelas pada tahun ini akan ditampal dengan “wallpaper” . Wallpaper tersebut telah dibekalkan untuk 25 kelas termasuk kelas pelajar tingkatan 1.

Program ini bermula pada 8.30 pagi. Semua pelajar SDAR berkumpul pada waktu yang ditetapkan di Dataran Bestari. Semasa perhimpunan sedang berlansung, Pn. Afida ada memberikan sepatah dua kata berkaitan dengan  program tersebut. Beliau menasihati pelajar SDAR agar membersihkan kelas dengan bersungguh-sungguh agar SDAR dipandang tinggi oleh masyarakat luar. Selepas perhimpunan tamat, pelajar pulang ke kelas masing-masing untuk membersihkan kelas.

Kebanyakkan kelas telah bermula aktiviti gotong royong apabila guru kelas mereka tiba. Pada sesi pertama, semua kelas sedang melakukan pembersihan asas seperti menyapu sampah dan mengelap tingkap. Selepas itu mereka juga turut membersihkan kipas dan juga loker. Apabila semua kerja pembersihan sudah selesai, bermulanya sesi penceriaan. Kebanyakkan kelas mula untuk memasang alas dan “skirting” meja.

Apabila kesemua kerja itu selesai, mereka seterusnya memasang wallpaper di loker masing-masing. Semua pelajar terpaksa berhati-hati apabila memasang wallpaper ini kerana kerja ini amat rumit. Bagi kelas tingkatan 1 pula, setiap kelas dibekalkan 5 orang Lembaga Pemimpin Pelajar untuk menolong guru kelas tersebut. Semua aktiviti penceriaan tamat pada pukul 12 dan kerja pembersihan akhir dijalankan sehingga pukul 12.30.

Program gotong royong ini dianggap berjaya kerana semua kelas telah menjadi bersih dan ceria. Kata pengetua cemerlang SDAR,”budaya belajar yang positif dapat memotivasikan pelajar” digunakan sebaik-baiknya oleh pelajar SDAR dalam melaksanakan program ini. Program ini tamat pada pukul 12.30 dan semua pelajar bergerak ke dewan makan untuk menikmati hidangan yang disediakan.

No comment yet.

Be first to leave your comment!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>