Laman Utama
Feb 9
Tuesday

Takwim Sekolah

February 2010
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
Jan  Feb  Mar  Apr  May  Jun  
Jul  Aug  Sep  Oct  Nov  Dec  

Pautan

LAMAN WEB JPNS

BTP

KPM

BERITA HARIAN

UTUSAN MALAYSIA
 

Login Form






Lost Password?
No account yet? Register

Who's Online

Polls

New look of SDARonline?
 

Album SDAR

DSCF5173 DSCF5068 IMG_2601 sdar shines DSCF4975 DSCF4996 DSCF4636 DSCF5008 DSCF5043 DSCF4522
Selamat Datang Warga Baharu Gemilang 7'11
Written by Admin   
Tuesday, 02 February 2010

Pada hari Selasa, 2 Februari yang lalu, seramai 15 orang pelajar Tingkatan Empat telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di kampus Sekolah Dato' Abdul Razak. Daripada jumlah tersebut, seramai 11 orang telah hadir ke SDAR untuk sesi pendaftaran.

Kaunter pendaftaran telah dibuka sejak pukul 8.00 pagi lagi. Kemudian datanglah wajah-wajah baharu satu persatu dan Dewan Tun Abdul Razak mulai penuh dengan ahli keluarga dan para pelajar tingkatan empat yang baharu untuk sesi pendaftaran.  Selepas selesai sesi pendaftaran , para pelajar tersebut meneruskan pendaftaran asrama di bawah Blok Syahbandar.

Tepat jam 10.30 pagi,  sesi taklimat bersama Pengetua Cemerlang SDAR, Tn. Hj. Zakaria bin Md. Zin telah diadakan di Dewan Tun Abdul Razak. Dalam taklimat beliau, Tn. Pengetua menyatakan bahawa 11 orang pelajar tersebut kini ibarat berada di 'lombong emas' kerana terdapat banyak peluang untuk berjaya yang terdapat di SDAR baik dari segi akademik mahupun kokurikulum. Beliau juga menyatakan kepada ibu-bapa supaya tidak bimbang malahan seharusnya berbangga kerana anak-anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke SDAR setelah berjaya dengan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah pada tahun lalu. Di SDAR katanya, terdapat guru-guru dan para warden yang berdedikasi yang akan memastikan kebajikan para pelajarnya terjamin.

Akhir sekali, seluruh warga SDAR mengalu-alukan kedatangan ahli baru dalam keluarga besar kami. Harapan kami semua adalah pelajar-pelajar tingkatan empat ini dapat meneruskan legasi kecemerlangan SDAR malah meningkatkannya ke tahap yang lebih tinggi lagi. Semoga bumi Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban menjadi tempat kenangan yang paling indah dalam hidup kita dan semoga SDAR terus maju dan gemilang hendaknya.

 

 
 
 
 
Dipetik dari laman blog prefek SDAR
 

 

Last Updated ( Tuesday, 09 February 2010 )
 
Majlis Watikah Pelantikan Lembaga Pemimpin Pelajar
Written by Admin   
Monday, 01 February 2010
 Watikah Pelantikan Lembaga Pemimpin Pelajar Sesi 2010 telah diadakan dalam satu majlis di Dewan Tun Abdul Razak pagi tadi. Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En Zahirin bin Adnan, Timbalan Pentadbir Tanah, Pejabar Daerah dan Tanah Tampin, Negeri Sembilan. Tuan Haji Zakaria Md Zin, Pengetua Cemerlang SDAR dalam ucapan pembukaannya ada menyatakan:

"Keupayaan seseorang pemimpin mempengaruhi mereka yang dipimpin untuk melaksanakan tugas agar tanggungjawab dalam matlamat dapat dicapai. Tiga jenis kepimpinan: 1-pemimpin jenis aurokratik, 2-pemimpin yang demokratik ini mementingkan mesyuarah,suara ramai dan pandangan-pandangan kumpulan di bawahnya diambil kira dalam membuat keputusan. cara2 yang terbaik dalam melaksanakan tugas dan amanah. 3- laissez-faire iaitu pemimpin yang tidak memainkan peranan tapi mereka yang dipimpin bebas membuat apa sahaja keputusan dan melalui kaedah sendiri. Kepimpinan yang terbaik ialah cantuman ketiga-tiga jenis kepimpinan iaitu, autokratik, demokratik dan laissez-faire. Terserahlah kepada pemimpin itu untuk membuat keputusan dan perlaksanaan melalui jenis kepimpinan yang ada. Contoh terbaik orang Islam ialah Rasulullah S.a.w."

En Zahirin bin Adnan telah membuat ucapan perasmian sebelum merasmikan majlis watikah dan perasmian blog Lembaga Pemimpin Pelajar sesi 2010. Beliau telah mengetuk gong sebanyak 2 kali sebagai simbolik perasmian majlis. Sejurus selepas itu, para pemimpin pelajar telah menerima watikah dan mengangkat lafaz ikrar sebagai tanda taat setia kepada pihak sekolah. Wan Faiq Amsyar bin Wan Ariffin, telah mengetuai lafaz ikrar LPP sebelum membuat ucapan beliau selaku Ketua Pelajar.
 
Dipetik daripada laman blog prefek SDAR
 
Majlis High-Table Kecemerlangan PMR 2009
Written by Admin   
Friday, 29 January 2010

   Bagi meraikan kejayaan PMR 2009, satu majlis makan malam  High-Table Kecemerlangan PMR 2009 telah diadakan bersempena dengan kejayaan batch PMR 2009 yang meletakkan SDAR dalam kedudukan ketiga dalam 'ranking' SBP. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Makan SDAR pada hari Jumaat (29 Jan 2009). Pelajar tingkatan 4 seramai 134 orang telah diraikan pada majlis ini. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh pengerusi dan bacaan doa oleh Saudara Ahmad Syafiq Aizat Nazri. Seterusnya, Pengetua Cemerlang SDAR, Tuan Haji Zakaria Md Zin telah memberikan ucapan beliau yang sarat dengan nasihat dan pedoman yang amat bermakna untuk semua SDARians. Chief Inspector Sharani bin Idri yang merangkap sebagai Ketua Balai Polis Seremban turut menyampaikan ucapan beliau selaku tetamu kehormat jemputan pada malam tersebut. Susulan tamatnya ucapan beliau, para pelajar dan tetamu dialu-alukan untuk menikmati hidangan makan malam. Acara diakhiri dengan upacara penyerahan cenderahati penghargaan kepada tetamu jemputan. Majlis bersurai pada jam 10.00 malam.

   Sesungguhnya, majlis ini bukan sahaja diadakan bagi meraikan kejayaan para pelajar batch 2009, malahan ia juga bertujuan untuk melatih para pelajar dalam adab dan tatatertib dalam sesebuah majlis makan malam. Antara intipati daripada ucapan Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Zakaria Md Zin:
"Orang yang cemerlang ini sentiasa menceritakan kejayaan, tidak pernah memberi alasan, jadi kalau sayalah, apa yang saya harapkan dari semua warga SDAR, apa saja kita elak dari memberikan alasan, sebaliknya menceritakan apa yang telah dilakukan, apa yang telah kita capai dan cerita-cerita tentang kejayaan kita. Itulah sifat orang yang cemerlang."

"Orang yang cemerlang ini mempunyai daya tahan dan disiplin yang tinggi. Carilah dan bacalah kisah-kisah hidup orang yang berjaya. Mereka mempunyai pegangan dan amalan yang tersendiri. Pegangan ini mereka pertahankan walau apa jua keadaan susah senang, tercabar, sakit, mereka akan pertahankan pegangan mereka."

"Saya ada bertanya pada warden malam tadi, sama ada waktu Subuh atau waktu Maghrib kita tepat iaitu sejak kita sama-sama berjemaah, saya dapati waktu subuh ramai sangat imam, satu jamaah, kemudian pindah lagi belakang, kalau boleh salah satu daripada dua waktu ini, cari saya, kalau waktu subuh itu masuk 6.05 minit, pukul 6.03 minit semua orang sudah berada di masjid. Kalau waktu maghrib 7.27 minit, 7.25 minit semua orang sudah beradadi masjid, kalau kita dapat amalkan sekali saja 'hari ini', mungkin kita akan sesuaikan pada masa-masa lain."

Dipetik daripada laman blog prefek SDAR

 

Last Updated ( Monday, 01 February 2010 )
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Results 1 - 6 of 44
Laman Utama