SDAROnline

Sekolah Dato' Abdul Razak
SDAR at a glance

Latest News

Sesi persekolahan 2013 sudah bermula

Sesi persekolahan 2013 sudah bermula

Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah urusan pendaftaran bagi pelajar tingkatan 2- 5 . Sebelum jarum jam menginjak ke angka 2.00 petang, para ibu bapa sudah memenuhi ruang legar Dewan Tun Abdul Razak bagi menyelesaikan urusan pendaftaran. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menguruskan hal pendaftaran anak masing – masing. Besok (2/1/2013), bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2013. Semoga para pelajar telah mempunyai perancangan yang rapi bagi mengisi hari – hari yang akan dilalui sepanjang tahun 2013 ini. Bagi pelajar tingkatan 3 dan 5, mulakanlah sesi [...]

Read More

pendaftaran bagi pelajar tingkatan 2, 3, 4 dan 5 bagi sesi 2013

pendaftaran bagi pelajar tingkatan 2, 3, 4 dan 5 bagi sesi 2013

Pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 bagi sesi 2013 akan diadakan pada : Tarikh : 1 Januari 2013 (Selasa) Masa : 2.00 hingga 5.00 petang Tempat : Dewan Tun Abdul Razak, SDAR Perkara yang perlu dibawa telah dinyatakan di dalam surat yang telah dipos pada awal bulan Disember baru – baru ini. Sekiranya para ibu bapa tidak menerima sebarang surat daripada pihak sekolah, sila berhubung dengan pihak sekolah atau mendapatkan butiran / maklumat melalui dokumen yang dilampirkan di bawah : Surat Makluman Pendaftaran Pelajar Sekolah Dato’ Abdul [...]

Read More

KEPUTUSAN PMR 2012

KEPUTUSAN PMR 2012

Tahniah kepada pelajar tingkatan 3 yang telah berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan PMR yang telah diumumkan tadi. Tidak lupa juga , ucapan tahniah turut diucapkan kepada pelajar yang mendapat 7A 1B. Meskipun anda tergelincir sedikit dari landasan untuk mendapat 8A, peluang untuk anda memperbaiki keputusan tersebut masih ada. Berusahalah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, jangan putus asa, anda masih ada peluang untuk memperbaiki kelemahan anda. Bermulanya sesi persekolahan 2013, mulakan tekad untuk belajar bersungguh – sungguh bagi [...]

Read More
Page 5 of 26«...34567...1020...»