Latest News
Hari Temu Mesra SDAR 2011
Perjumpaan tiga penjuru antara para ibu bapa, guru serta pelajar akan diadakan pada 2 Julai 2011, selepas tamatnya Program Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan dengan pencapaian anak – anak dalam bidang akademik terutama melibatkan pencapaian pelajar dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011. Majlis akan bermula pada pukul 10.00 pagi.
Menghitung Hari….
Hanya tinggal 3 hari sahaja lagi, sebelum berlangsungnya Majlis Jamuan Makan Malam Amal SDAR 2011. Masih terdapat beberapa buah meja yang masih boleh ditempah. Bagi mereka yang berminat, boleh lah membuat tempahan melalui : YDP PIBG Tn Hj Ramly bin Khairuddin (012-3939406) Pn. Umi Kelsom Binti Nayan ( Guru – 013 – 3698100 ) Pn. Zarina Binti Abdul Samad (Guru – 016 – 2223524) En. Kamarul Azman Bin Mustapha Kamal (AJK PIBG – 012-3901352 ) En. Wan Mohd Rozi Bin Wan Abdul Rahman (AJK PIBG -012-6498122 ) Cik Farah Nadia Binti [...]
Hari Olahraga Tahunan SDAR 2011
Pada tahun ini, Hari Olahraga Tahunan SDAR diadakan pada 25 Jun 2011. Pada hari yang sama juga, terdapat tiga majlis akan berlangsung iaitu , Hari Olahraga Tahunan SDAR, Majlis Perasmian Gimnasium SDAR dan juga Majlis Makan Malam Amal SDAR. Tetamu jemputan pada hari tersebut ialah Dato’ Ahmad Shabery Cheek , Menteri Belia dan Sukan, Malaysia. Majlis akan bermula sekitar pukul 8.00 pagi, dijangka akan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Majlis Perasmian Gimnasium SDAR akan diadakan sejurus selepas tamatnya Hari Olahraga Tahunan SDAR. Bagi memeriahkan sambutan Hari Olahraga Tahunan SDAR serta [...]




