News Archives: Students Affair
Makluman Cuti 1 Ramadhan
InsyaAllah, pada 1 Ogos 2011, semua umat Islam khususnya di Malaysia, akan menunaikan ibadah Puasa. Bagi menyambut kedatangan Bulan yang mulia ini, SDAR akan bercuti pada 1 Ogos ini. Tarikh tersebut dipilih sebagai cuti ganti Hari Sabtu (2 Julai 2011- sempena sambutan program larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia) .Sehubungan itu, kepada para pelajar yang ingin pulang bermalam, sila dapatkan kebenaran daripada warden dengan menghantar kad outing pada hari Rabu ini (27 Julai 2011). Pelajar dibenarkan pulang selepas Solat Jumaat, dan dikehendaki pulang semula ke SDAR pada 1 Ogos [...]
HKSBP 2011
Pada tahun ini, TKC telah dipilih sebagai tuan rumah untuk program HKSBP, manakala SDAR dipilih sebagai pengelola bersama bagi urusan penempatan pelajar. Para peserta akan berkampung di Negeri Sembilan selama 9 hari bermula 23 Mei hingga 30 Mei 2011. Pelbagai acara dipertandingkan seperti sukan Bola Keranjang, Debat BM, dan Debat BI . Semoga pasukan SDAR yang bertanding berjaya mencapai kejayaan yang diharapkan oleh warga SDAR yang lain. Usaha tangga kejayaan…..
Sambutan Hari Guru 2011
Pada tahun ini, sambutan Hari Guru telah diadakan pada 16hb Mei 2011. Pelbagai program telah diatur dengan begitu teliti oleh pelajar tingkatan 5 , dan turut dibantu oleh pelajar – pelajar lain. Seperti tahun – tahun sebelum ini juga, acara akan bermula di Dewan Tun Abdul Razak dengan pelbagai acara telah diatur seperti perarakan masuk para guru, bacaan perutusan sempena Sambutan Hari Guru oleh KPPM dan Menteri Pelajaran Malaysia yang telah disampai oleh Pen Kanan Kokurikulum dan Pen Kanan, dan seterusnya diikuti dengan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Zakaria bin [...]




