News Archives: Co-Curricular
Perasmian Bulan Kecergasan
Pada hari Sabtu yang lepas ( 9hb Julai 2011), satu progran senamrobik telah diadakan bagi menjayakan pelancaran Bulan Kecergasan peringkat sekolah di Sekolah Dato’ Abdul Razak. Dua orang ‘instructress’ telah dijemput bagi mengendalikan program tersebut. Sebelum program bermula, para guru dikehendaki membuat penilaian terhadap penampilan diri pelajar iaitu melibatkan tahap kebersihan dan kekemasan diri pelajar. Acara senamrobik bermula dalam sekitar pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 pagi.
Finale Wind Orchestra
Finale Wind Orchestra sudah sampai ke kemuncaknya . Pertandingan akhir telah berlangsung pada 3 Julai 2011, di PICC Putrajaya. 8 buah pasukan yang bertanding telah mempersembahkan persembahan yang begitu memukau para penonton yang hadir pada hari tersebut. Antara pasukan yang bertanding adalah : 1. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) 2. Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) 3. Kolej Tunku Kurshiah (TKC) 4. Sekolah Seri Puteri (SSP) 5. Sekolah Men. Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) 6. Sekolah Men. Sains Machang (SMACH) 7. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 8. Sekolah Men. Sains [...]
Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
Alhamdulillah, akhirnya program larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah berjaya dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Bagi menyempurnakan larian , para pelajar dikehendaki berlari secara perlahan / jogging di sekitar kawasan RTM. Pelajar terlibat terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Larian dilakukan secara berperingkat mengikut kelas iaitu Kelas 3, Kelas 2 dan Kelas 1. Terima kasih diucapkan kepada para pelajar dan guru Sekolah Dato’ Abdul Razak yang telah bersama – sama ‘turun padang’ bagi melaksanakan program ini.




