News Archives: Academics
Keputusan PMR 2011
Warga SDAR mengucapkan tahniah kepada pelajar tingkatan 3 (3AB, 3BH, 3UO, 3RK dan 3Z) yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2011 baru – baru ini . Alhamdulillah, pada tahun ini keputusan PMR telah menunjukkan peningkatan terutama dari segi Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu daripada 1.06 kepada 1.02. Matapelajaran Sains, Matematik, Kemahiran Hidup dan Bahasa Melayu pula telah memperolehi kelulusan 100%. -will be update soon…
Peperiksaan Akhir Tahun
Selamat menduduki Peperiksaan Akhir Tahun kepada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4. Pastikan ulangkaji / persediaan telah dibuat sebelum menduduki peperiksaan. Tempuhilah peperiksaan ini dengan penuh yakin dan tenang terutama bagi pelajar tingkatan 2 dan 4. InsyaAllah, setiap usaha yang dilakukan dengan ikhlas dan adab dengan guru sentiasa dipelihara maka kejayaan yang manis akan dapat digapai dengan begitu mudah. Akhir kata, warga pendidik SDAR mengucapkan Selamat Berjuang kepada para pelajar sekalian. JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 TINGKATAN 1 & 2 TARIKH / HARI MASA MATA PELAJARAN 24 / 10 / [...]
Ujian Bulan Ogos dan Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM
Selamat Berjuang !! Kepada pelajar – pelajar SDAR, berusahalah dengan sedaya upaya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Bagi calon PMR dan SPM, rebutlah peluang ini , untuk menunjukkan peningkatan prestasi masing – masing bagi membuktikan anda dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaan PMR dan SPM nanti. Pelajar tingkatan 1, 2 dan 4, walaupun peperiksaan ini adalah Ujian Bulan Ogos, tapi ujian ini sama penting dengan peperiksaan pertengahan tahun dan juga peperiksaan akhir tahun. Pastikan anda mencapai keputusan yang terbaik, perbaiki kelemahan yang diperolehi dalam peperiksaan pertengahan tahun baru – baru [...]




