Pencapaian pelaksanaan Sekolah Bestari melibatkan lima komponen utama iaitu pelajar, guru, pentadbir, pengintergrasian teknologi dan penglibatan ibu bapa atau penjaga/komuniti. Terdapat pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang ICT dan kelompok pelajar ini memerlukan ruang untuk mengembang dan menggunakan kemahiran mereka.
Briged Bestari bukan sahaja dapat membantu menggerak dan memantapkan penggunaan ICT di sekolah, Briged Bestari juga dapat memberi ruang kepada pelajar yang berkemahiran menyalurkan kepakaran mereka ke arah yang positif. Dengan demikian, menjadi satu harapan setiap warga sekolah akan mendapat manfaat daripada penubuhan pasukan melalui aktiviti sokongan, latihan dan penyelenggaraan komputer. Briged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan Program Pembestarian Sekolah serta membantu pelbagai program ICT berjalan lancar. Program ICT semakin bertambah di sekolah dan bagi melicinkan pelaksanaan program ini, sebuah badan khas seperti Briged Bestari perlu diwujudkan.
JAWATANKUASA BRIGED BESTARI 2011
Pengerusi : Danial bin Mohd Zaki
Timbalan Pengerusi : Abdul Latif bin Mohd Nadzir
Naib Pengerusi 1 : Mohd Sadiy bin Sahil
Naib Pengerusi 2 : Ahmad Syakir bin Robawi
Naib Pengerusi 3 : Mohd Faheem bin Mohd Fauzi
Setiausaha : Danial Ilman bin Muhammad Hasni
Bendahari : Mohd Amer Ehsan bin Mohd Shahreen
AJK :
1) Anas bin Ab Aziz
2) Aiman Fitry bin Khairul Annuar
3) Muhammad Aiman bin Hashim
4) Hasief bin Nortajuddin
5) Izzat Fiqri bin Hairudin
6) Muhd Ariff Hafizi bin A. Karim
7) Zubair bin Ab Aziz
8) Muhammad Syahiran bin Ishak
9) Abdurrazaq bin Hazrin Fazail
10) Khairulnajimi bin Khairulbahar
11) Muhammad Syahmi Razin bin Abdul Aziz
12) Wan Amar Saifudin bin Wan Ubaidillah
13) Abdurrahman bin Hazrin Fazail




