SDAROnline
Sekolah Dato' Abdul Razak
SDAR at a glance

Customer Charter

Bahawa kami warga SDAR akanberusaha dengan tekun, dedikasi dan berterusan untuk mengekalkan kecemerlangan dan terus gemilang dalam bidang akademik, kokurikulum dan pengurusan yang cekap kepada pihak berikut:

PELAJAR

  • Memberikan didikan duniawi dan ukhrawi dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang bertaraf dunia.
  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seperti yang di rancang.
  • Pencapaian 100% Semua A dalam PMR, 40%  Semua A dalam SPM
  • Memberikan peluang kepada semua pelajar untuk meningkatkan potensi diri dalam semua aktiviti kokurikulum dan pembangunan sahsiah yang dianjurkanoleh pihak sekolah hingga peringkat tertinggi.

 

STAF

  • Memastikan segala surat siaran yang diterima dimaklumkan kepada semua staf tidak lewat dari satu hari dari tarikh surat itu diterima.
  • Setiap staf baru akan dipastikan mendapat gaji tiga bulan selepas mendaftar diri.
  • Semua aduan pelanggan akan diberi maklumbalas tidak lewat dari 3  hari dari tarikh aduan diterima.
  • Memastikan setiap arahan dan permohonan dari PPD/JPN/KPM mendapat tindakan dalam tempoh 3 hari.

 

IBU BAPA

  • Memberikan maklumbalas tentang perkembangan pelajar kepada ibubapa dari semasa ke semasa.
  • Mengalu-alukan kehadiran ibu bapa pelajar ke sekolah untuk berbincang secara syura.
  • Urusan pendaftaran dan pertukaran murid dipastikan selesai pada hari yang sama.

 

PELANGGAN LAIN

  • Memberikan perkhidmatan yang terbaik menerusi pengerusan yang cepat, cekap dan tegas serta layanan yang mesra dan adil
  • Semua urusan rasmi akan diambil tindakan dalam tempoh yang ditetapkan.

 

Sekiranya anda tidak berpuashati dengan perkhidmatan yang diberi sila berjumpa terus dengan Pengetua atau hubungi melalui talian 06 6770806.